SO Staff

3 Dec 2011: Far East Movement Di KL LIVE

Far East Movement akan datang membuat persembahan di KL LIVE dengan lagu hip-hop mogul yang paling dinanti-nantikan iaitu  ‘Like A G6’. Marilah kita bersama-sama mengalu-alukan kedatangan Kev Nish, Prohgress, J-solif dan DJ Virman.

Tarikh : 3 December 2011

Tempat : KL Live

Tiket: RM103 (Rock Zone) and RM203 (Pit Zone)

Info : Untuk maklumat lanjut sila hubungi www.airasiaredtix.com/events/moovment

Ombak Rindu di pawagam pada 1 Disember 2011

Ombak Rindu adalah filem ke-5 terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd. Kali ini mereka bekerjasama dengan pula Astro Shaw.Sekali lagi filem ini diadaptasikan dari novel oleh Fauziah Ashari oleh Alaf 21 Sdn Bhd yang bertajuk Ombak Rindu. Filem ini akan mula ditayangkan di semua pawagam-pawagam di seluruh Malaysia pada 1 Disember 2011.

Secara umumnya, produksi Ombak Rindu dibarisi para pelakon hebat dan terkenal tanahair. Empat pelakon utama dan pembantunya iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, pernah meraih anugerah dalam beberapa majlis anugerah filem tempatan. Ia juga diarah oleh Pengarah Filem Terbaik di Anugerah Skrin TV3 2011 iaitu Osman Ali.Barisan pelakon pembantu lainnya juga diperkuatkan dengan kehadiran nama-nama yang telah diakui hebat dantidak asing lagi dalam arus perfileman tempatan.Filem ini wajar ditonton kerana terdapat elemen-elemen sedih,kasih sayang serta cinta yang akan membuatkan anda terpaku dari awal hingga habis. 

 

Sinopsis

Izzah, uztazah disebuah kampong diperdaya dan dijual pakciknya ke pusat pelacuran dengan alasan mencari wang untuk pembedahan makciknya. Hariz, pelanggan lelaki ‘playboy’ pertamanya telah dirayu untuk menikahinya demi menyelamatkannya dari sarang maksiat. Hariz menikahi Izzah dan membawanya pulang, sesuatu perkara murni yang lama tak dilakukannya. Tanpa sedar, Hariz jatuh cinta pada izzah dan ingin putuskan pertunangan yang diatur keluarganya bersama teman sekolahnya, Mila. Tekanan keluarga menjadikan episode cinta tiga segi ini bertambah menarik dan menekan emosi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[nggallery id=26]

Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara

Pameran ini memperagakan koleksi perkahwinan berkonsepkan mutiara dan mengetengahkan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka tanah air yang menggunakan mutiara dalam himpunan rekaan masing-masing.Ia akan berlangsung dari 16 November hingga 31 Disember 2011 di Muzium Negara.

Antara koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah baju perkahwinan Ning Baizura, Datuk Siti Nurhaliza,Amber Chia,Memey. Kasut-kasut ciptaan Professor Dato’ Dr Jimmy Choo ada dipamerkan.

[nggallery id=25]

Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH

Kumpulan SEARCH yang bakal menemui peminat-peminatnya dengan siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang (19 Nov), Johor Bahru (3 Dec) dan Kuala Lumpur (17 Dec) bermula bulan ini juga bakal mencatat pelbagai sejarah lain yang tersendiri. Di setiap lokasi konsert di tiga buah negeri, seorang peminat Search akan dipilih untuk memenangi sebuah kereta Perodua Viva 660 BXA bernilai RM25,300.00 (harga atas jalan termasuk aksesori) sumbangan daripada ORACLE ACCORD sebagai penganjur.

Setiap seorang daripada peminat-peminat SEARCH yang mengunjungi konsert tersebut juga akan menerima sehelai T-shirt eksklusif sebagai cenderamata. Ini tentunya sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam mana-mana konsert artis tempatan mahupun antarabangsa di negara ini.

Konsert yang akan berlangsung selama 7 jam ini bermula seawal jam 5 petang. Anda boleh dapatkan tiket konsert ini pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakala RM69 di Kuala Lumpur melalui www.tickethotline.com.my.

 

Sidang Akhbar KL Gangster 2

[media-credit id=21 align=”aligncenter” width=”620″]
[/media-credit] 

Baru-baru ini Skop Production Sdn Bhd telah melancarkan filem terbaru iaitu ‘KL Gangster 2’. Ia adalah kesinambungan dalam bentuk ‘pre-kuel’ dari KL Gangster yang pertama yang telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM12 juta di pawagam-pawagam.

Sekali lagi filem ini akan diarah oleh pengarah muda iaitu Syamsul Yusof. KL Gangster 2 dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM3 Juta untuk kos produksi.Ia adalah filem ke-29 Skop Production Sdn Bhd.Filem adalah terbitan bersama antara Skop Production Sdn Bhd dengan Grand Brilliance Sdn Bhd.

 

[media-credit id=21 align=”alignright” width=”212″][/media-credit] 

Syamsul sengaja memilih untuk menghasilkan KL Gangster 2 dalam bentuk ‘pre-kuel’ demi mendapatkan satu impak yang lebih berkesan tentang kisah yang menimpa Malik sebelum dia terjerumus dalam kegiatan jenayah.KL Gangster 2 masih lagi mengekalkan pelakon-pelakon KL Gangster cuma ada pertambahan iaitu Rosyam Nor.

Filem ini akan memulakan sesi penggambarannya pada 1 Disember 2011 dan akan memakan masa selama 45 hari. Lokasi penggambaran adalah sekitar Kuala Lumpur,Lembah Klang dan Batu Gajah Penang.

 

TRAILER : Ombak Rindu

 

Izzah (Maya Karin) seorang guru kampung telah dijual kepada rumah pelacuran oleh pakciknya atas alasan bahawa mereka perlukan wang untuk pembedahan Makcik. Izzah telah merayu kepada pelanggan pertama beliau Hariz (Aaron Aziz) untuk membawanya keluar dari tempat tersebut dan berkahwin dengannya. Saksikan epilog segi tiga mereka Izzah, Hariz dan Mila (Lisa Surihani) didalam Ombak Rindu di pawagam yang berhampiran.

YUNA SAHKAN LAGU PENAKUT DITARIK SEMULA KEMENANGAN DI AIM 18

Yuna mengesahkan berita tentang penarikkan semula kemenangannya di AIM 18 baru-baru ini menerusi laman Twitter miliknya. Yuna memenangi trofi Lagu Terbaik menerusi lagunya yang bertajuk Penakut.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Trofi tersebut sepatutnya dimenangi oleh Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih. Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu. Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Supertelemovie Parit Jawa di Astro Box Office (Saluran 952) pada bulan Disember 2011

Orak ilok, bermaksud tidak baik merupakan perkataan yang sering dituturkan oleh orang tua terutamanya ibu bapa dalam masyarakat Jawa untuk melarang anaknya daripada melakukan sesuatu perkara. Namun seringkali terjadi konflik, seperti yang wujud dalam masyarakat lain juga tentang perihal anak-anak yang sering ingkar dengan nasihat ibu bapa.

Begitulah yang ditonjolkan dalam supertelemovie, PARIT JAWA yang akan ditayangkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada bulan Disember ini

Separuh Akhir Pertama Muzik-Muzik 26

Tirai Separuh akhir pertama Muzik-Muzik 26 telah pun berakhir semalam dengan TOP 5 markah tertinggi ialah Nubhan,Yuna,Alyah,Hafiz dan 3 Suara. Masih ada dua lagi separuh akhir iaitu pada 25 November dan 2 Disember. Hanya 12 buah lagu yang akan berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 26. Kesemua 12 lagu tersebut hanya akan diumumkan pada separuh akhir Muzik-Muzik 26 minggu ketiga.

Pada separuh akhir pertama lagu-lagu yang dipertandingkan adalah Muda (Hujan), Di Penghujungnya (Iqa), Mata Hati (Nubhan), Janji (Akim), Maaf Dari Hati (Sofazr), Kisah Dongeng(Stacy), Gadis Semasa (Yuna), Kisah Hati (Alyah), Babak Pertama (Drama), Awan Nano(Hafiz) dan Beribu Sesalan (3 Suara).

 

 

[nggallery id=23]

 

IKLAN

[mp_list_products paginate=”true” page=”1″ per_page=”10″ order_by=”price” order=”DESC” category=”produk-wanita”]  
Senaraikan produk atau perhidmatan anda disini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 018-2359891 atau e-mail shop@warisanchanteq.com

Ning @KL Live pada 2 Disember 2011

Baru-baru ini telah berlangsung sidang akhbar Ning  @KL Live yang bakal diadakan pada 2 Disember 2011.Konsert tersebut akan berlangsung selama 2 1/2 jam dari jam 8.30 malam hingga 11 malam.Ia berkonsensepkan Live Band. Ia adalah projek dibawah HappeNings (M) Sdn Bhd.

Ia merupakan konsert kedua ning selama 18 tahun beliau bergelar artis.Ia akan menampilkan lagu-lagu dari album terbaru Ning yang berjudul ‘DEWA’ serta lagu-lagu hit dari album-album terdahulu.Tenaga produksi untuk konsert kali ini ialah Ning Baizura sendiri selaku Penerbit dan Artis dan Chris Dalton sebagai Penerbit Eksekutif. Manakala Aylwin Santiago sebagai Pengarah Produksi serta Muzik dan Anthony Chow pula sebagai Jurutera Bunyi.Pentas untuk konsert pula direka oleh Raja Malik.Penaja Bersama bagi konsert ini pula terdiri dari Medishape,Universal Music,Hotel Seri Pacific KL serta ERA FM selaku stesen radio rasmi.

[media-credit name=”Pentas Ning@KL Live” align=”alignright” width=”300″][/media-credit]

Sebanyak 20 VIP Tiket perlu dimenangi untuk peraduan konsert ini. Ia juga termasuk barangan cenderamata Ning@KL Live ,yuran ahli Mediashape dengan rawatan percuma serta penginapan satu malam di Seri Pacific yang mana ia boleh digunakan pada malam konsert. Sila lawati www.era.fm untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini.Peraduan akan bermula pada 14 November 2011.

 

Tiket-tiket berharga RM150,RM160,RM200,RM225,RM250,RM275 serta RM300 boleh didapati di www.tickethotline.com.my , Rock Corner dan Ed Hardy Stores.

 

[mp_list_products paginate=”true” page=”1″ per_page=”10″ order_by=”price” order=”DESC” category=”produk-lelaki-2″]

 

Ben Spies di Karnival Petronas Motorsports

 

 

[media-credit name=”Ben Spies Bersama Peminat” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit] 

Pada 19 Oktober yang lepas, Ben Spies, pelumba motor GP telah meluangkan masa untuk menemui peminatnya di Karnival Petronas Motorspots. Turut menceriakan majlis tersebut ialah Hitz FM morning crew JJ & Ean.

Ben Spies tiba di Malaysia setelah pulih dari kemalangan di Phillip Island. Ben yang menungang Yamaha akan turun akan beradu di Litar Sepang pada 21, 22 dan 23 Oktober ini.

Info tentang Ben Spies

Tarikh Lahir : JULAI 11, 1984

Tempat Lahir : Memphis, Tennessee

Tempat Tinggal : Longview, TEXAS

Ketinggian : 5’11 “Berat : 160

Status PRO : Tahun 2000
[nggallery id=17]

Maharaja Lawak Mega

Kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang lalu ternyata telah mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Raja Lawak Astro dan Maharaja Lawak, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan  juri tetap dan undian penonton. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Pun begitu, peserta yang telah melakukan persembahan yang hebat tetapi tersingkir masih berpeluang untuk kekal dalam persaingan Maharaja Lawak Mega dengan kuasa imuniti yang diperoleh daripada persetujuan ketiga-tiga juri. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid mengambil langkah berani dengan tampil sebagai peserta solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan koloborasi antara dua negara seperti yang dilakukan oleh kumpulan SYOK yang dianggotai Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin. Kumpulan GEBU yang dianggotai Hani dan Azian juga pastinya akan menonjolkan keunikan komedi wanita Singapura. Maharaja Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Menurut Pengurus Pakej Mustika; Encik Nizam Sani berkata, “Sebagai satu-satunya saluran komedi di Malaysia, kami di Astro Warna sentiasa berusaha meneroka ruang yang ada bagi memastikan setiap program yang dibariskan mempunyai pengisian yang padat dan bermutu tinggi agar berbaloi dengan pakej yang telah dilanggan.

Mengambil inisiatif yang julung kalinya diadakan, pihak Astro Warna dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti lawak terhebat yang menghimpunkan 17 peserta terhebat daripada tiga buah negara untuk beraksi di sebuah pentas yang berprestij. Lebih menarik, ada antara mereka pertama kali bergabung sebagai sebuah kumpulan. Ini sememangnya suatu pengalaman baru kepada penonton saluran ini.

Mencari yang terhebat di kalangan yang terbaik di rantau ini, kami amat percaya program Maharaja Lawak Mega bakal mendapat sambutan hangat dan paling ditunggu-tunggu. Rancangan ini juga akan memaparkan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hinggalah pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM350, 000.

Istimewanya dalam Maharaja Lawak Mega, tiga orang juri tetap dan seorang juri jemputan setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.

Nizam turut menambah, ”Kami juga hanya akan mengumumkan barisan juri tetap dan juri jemputan sewaktu minggu pertama Maharaja Lawak Mega pada 28 Oktober kelak. Siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab selaku barisan juri untuk program realiti bagi mencari pelawak terhebat di antara yang terbaik di rantau ini? Nantikan sahaja.”

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi kami di www.astro.com.my/maharajalawakmega atau laman Facebook di www.facebook.com/MaharajaLawak juga dengan menekan butang merah ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.