SO Staff

Pelbagai Rancangan Menarik Sempena Hari Raya Aidil Adha Di TV3

Cinta Mat Semperit
Cinta Mat Semperit

Bakal menemui penonton, 3 telefilem istimewa Aidil Adha ini bakal disiarkan pada 15 Oktober dan 16 Oktober 2013 (Selasa & Rabu), seperti Kampungku Dan Aidil Adha, Cinta Mat Samperit dan Pelita Tanpa Sumbu yang diwarnai oleh barisan pelakon handalan seperti Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Zalif Sidek, Amyrah Rosli, Razak Ahmad, Rafidah Ibrahim, Faezah Elai, Wan Sharmila, Awal Ashari, Hairi Safwan, adik Puteri Shasha, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Tambah istimewa lagi dengan penampilan pertama Fasha Shanda selepas lama tidak berlakon kerana cuti bersalin dalam telefilem Cinta Mat Semperit. Selain daripada menggamit emosi, hiburkan hati sambil bergelak ketawa dengan menghayati jalan cerita yang menarik dan bersesuaian dengan tema Hari Raya Haji kali ini.

Atas permintaan ramai dan juga kepada peminat setia TV3 yang ketinggalan menyaksikan telefilem semasa Aidil Fitri yang lalu, kami menyiarkan kembali 6 telefilem istimewa bermula 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2013 iaitu Geng Kampung Pisang, Korban Haji, Tersalah Cinta, Adnan Sempit Balik Raya, Satu Hari Di Hari Raya dan Kalut Raya yang dibintangi oleh ramai lagi barisan artis-artis popular temasuklah Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Arash Mohd, Watie Elite, Azwan Kombos, Nad Zainal, Zila Bakarin, Zul Yahya, Nadia Mustafa, Fiza Halim, Khatijah Tan, Fazli Daniel Ali, Maisara Syazreen Johan Asa’ri, Zarina Zainoordin, Linda Onn, Shamsul Ghau Ghau, Emma Maembong, Aqasha, Neelofa, Rita Rudaini dan Nazim Othman.

Selain daripada sajian drama-drama hebat, pastikan temujanji anda untuk menonton program majalah dan dokumentari terbaik TV3 yang memaparkan kandungan menarik seperti Panggilan Terindah, Keajaiban Mekah, Malaysia Hari Ini (MHI) Edisi Aidil Adha, Nona – Istimewa Aidil Adha dan Wanita Hari Ini (WHI) Edisi Aidil Adha, terbitan Primeworks Studios.

Berikut ialah program-program istimewa “SALAM AIDIL ADHA” TV3:-

 

AHAD (13 OKTOBER 2013)

GENG KAMPUNG PISANG – 3.00 PETANG

Permusuhan di antara AG dengan Hairi bermula sejak mereka masih kecil dan berlarutan sehingga kedua-duanya dewasa. Kedua-duanya menjadi ketua bagi kumpulan masing-masing. Di sekolah, kedua-dua kumpulan ini dikenali sebagai geng buli. Kenakalan dua kanak-kanak ini memang memeningkan guru-guru. Murid-murid lain takut akan kumpulan ini terutama FBI, seorang kanak-kanak yang baik dan pendiam, tetapi kuat menangis. Kerana sifatnya ini, FBI selalu dibuli oleh kedua-duanya. Bagaimanapun, Sari Yanti selalu membela FBI dan menyelamatkannya. Bapa Sari Yanti, Cikgu Deraman, mengajar di sekolah tersebut. Disebabkan itu, Sari Yanti ada imuniti daripada diganggu geng buli tadi. Sari Yanti dan FBI menjadi sahabat baik. FBI jatuh cinta terhadap Sari Yanti dan berhasrat untuk berkahwin dengannya. Dengan berani, FBI berjumpa Cikgu Deraman untuk melamar Sari Yanti. Cikgu Deraman hanya ketawa mendengar lamaran kanak-kanak berusia sepuluh tahun. Tawa Cikgu Deraman menjadi cabaran kepada FBI untuk memiliki Sari Yanti suatu hari nanti.

Pelakon: Sari Yanti, Hairi Safwan, AG, Idzham Ismail, Heiri Aszmo

ISNIN (14 OKTOBER 2013)

TERSALAH CINTA – 9.30 PAGI

Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umrah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi dimana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantilk seperti Cinta?

Pelakon: Aqasha, Johan As’ari, Neelofa, Rita Rudaini, Nazim Othman

KORBAN HAJI – 3.00 PETANG

Zaimi dan ibu bapanya berjaya mendapat panggilan untuk menunaikan haji. Zaimi begitu teruja lantaran dia merupakan pemuda termuda di kampung itu yang bakal bergelar haji. Zaimi dan ibunya mahu mengerjakan haji dengan lebih selesa lalu membuat keputusan untuk mengambil pakej VIP. Namun dalam masa yang sama nenek Zaimi mengalami masalah kewangan dan menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji. Semua wang simpananya habis dikeluarkan untuk menjamin anak lelaki bongsunya yang merupakan penagih dadah. Orang kampung mula menasihati Zaimi dan ibunya untuk membantu Wan Piah yang semakin uzur. Namun mereka tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling demi merealisasikan impian mereka. Adakah Wan Piah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci?

Pelakon: Ryzal Jaafar, Rozita Che Wan, Norlia Ghani, Zuhairi Ibrahim, Tilla Malvin, Hairi Safwan

ADNAN SEMPIT BALIK RAYA – 9 MALAM

Adnan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya di rumah pakciknya, Pak Chah. Dia terkejut apabila kawan baiknya, Fatimah kini bertukar menjadi seorang yang kurus dan cantik setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Fatimah mahu Adnan mengahwininya tetapi Adnan menolak. Adnan sudah mempunyai calon isterinya iaitu Nadia. Konflik berlaku apabila Jibeng yang menyimpan perasaan terhadap Fatimah telah menuduh Adnan membakar motosikalnya. Berjayakah Adnan menyelesaikan masalah ini?

Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Arash Mohd. Watie Elite, Azwan Kombos, Nad Zainal, Zila Bakarin

 

SELASA (15 OKTOBER 2013) – HARI RAYA AIDIL ADHA

SATU HARI DI HARI RAYA – 9.30 PAGI

Syafiq dan Dahlia merupakan pasangan suami isteri yang sering berselisih pendapat. Syafiq seorang yang garang dan mementingkan diri sendiri manakala Dahlia pula seorang yang keras kepala dan bersifat keanak-anakan. Tahun ini, buat kali pertamanya, mereka akan menyambut bulan Ramadan sebagai suami dan isteri. Apabila kedua-dua tidak bangun untuk bersahur, masing-masing menyalahkan pihak lain kerana tidak mengejutkannya. Auntie Mariani dan Uncle Usop datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama mereka. Melihat kepada gelagat pasangan muda ini, Auntie Mariani dan Uncle Usop cuba menolong mereka untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Berjayakah Syafiq dan Dahlia mencari persefahaman antara mereka bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang baru dibina?

Pelakon: Johan Asa’ri, Zarina Zainoordin, Linda Onn, Shamsul Ghau Ghau, Emma Maembong.

WANITA HARI INI (WHI) EDISI AIDIL ADHA – 12.00 TENGAHARI

WHI akan bersiaran secara langsung istimewa Hari Raya Haji dengan diskusi menarik “PENGORBANAN PENDERMA & PENERIMA ORGAN” dari Restoran Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor.  Bersama-sama pakar daripada  Institut Transplan Nasional dan juga penderma dan penerima organ yang sudi berkongsi kisah kehidupan mereka, bagaimana terbuka hati untuk menjadi penderma yang kita tahu tidak mudah untuk dilakukan.  Turut mewarnai siaran, 30 orang tetamu yang juga terdiri daripada penderma & penerima organ ini.  Selain itu, persembahan Nasyid & Qasidah mengalunkan lagu-lagu istimewa mereka dan demo masakan istimewa sempena Hari Raya Haji ini dari Istana Bambu.

Pengacara : Fiza Sabjahan & Nabihah Rosdi.

ampungku Dan Aidil Adha
ampungku Dan Aidil Adha

Kampungku Dan Aidil Adha, Cinta Mat Samperit,Pelita Tanpa Sumbu,Geng Kampung Pisang, Korban Haji, Tersalah Cinta, Adnan Sempit Balik Raya, Satu Hari Di Hari Raya,Kalut Raya,haheizy Sam, Intan Ladyana, Arash Mohd, Watie Elite, Azwan Kombos, Nad Zainal, Zila Bakarin, Zul Yahya, Nadia Mustafa, Fiza Halim, Khatijah Tan, Fazli Daniel Ali, Maisara Syazreen Johan Asa’ri, Zarina Zainoordin, Linda Onn, Shamsul Ghau Ghau, Emma Maembong, Aqasha, Neelofa, Rita Rudaini,tv3,Aidiladha,

KAMPUNGKU DAN AIDIL ADHA – 3.00 PETANG

Ketua kampung dan ketua belia kampung merancang untuk menganjurkan pertandingan nyanyian untuk mencari artis/duta kampung.  Uji bakat dijalankan dan menerima sambutan hangat. Setelah ditapis, para panel sebulat suara memilih 5 orang yang layak menjalani latihan itu. Peserta lelaki terdiri daripada Arman, Bandi dan Ciko.  Mereka terkenal sebagai pemuda yang nakal, suka merempit dan mengganggu penduduk kampung. Manakala peserta wanita pula terdiri Maya dan Aini. Pertandingan dimulakan, mereka berlima dikurung di surau lama yang dijaga oleh warden yang garang seperti komando 69 iaitu Pak Kaza. Hari pertama, mereka harus gotong-royong membersihkan kawasan masjid. Kesemua peserta hairan terutama Arman yang berasa tidak puas hati dengan ujian itu dan dia mempersoalkan kenapa perlunya peserta melakukan gotong-royong kerana ia tiada berkaitan langsung dengan bidang nyanyian. Dalam mereka bergotong royong, Arman cuba menggoda kembali kedua-dua bekas kekasih lamanya iaitu Maya dan Aini. Bandi dan Ciko juga tak lepas peluang ‘jual minyak’. Selain itu mereka turut diuji dengan sesi rohani dan ibadah. Mereka diuji dengan ujian Iman, Ikhsan dan Amal iaitu asas agama. Cara syahadah, istigfar, bacaan mandi wajib yang betul dan muhasabah diri. Mereka juga diperbetulkan cara wudhu dan solat. Bacaan solat dari A hingga Z diperbetulkan. Solat Jemaah diadakan bersama-sama. Mereka mula mempelajari erti sebenar kehidupan. Arman juga mula sedar dengan keangkuhan dirinya. Hubungan mereka akhirnya semakin erat dan menanti untuk diumumkan sebagai artis kampung. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai duta kampung? Sama-sama kita saksikan telatah lucu anak-anak kampung ini.

Pelakon: Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Zalif Sidek, Amyra Rosli, Razak Ahmad, Rafidah Ibrahim

PANGGILAN TERINDAH – 6 PETANG

Panggilan Terindah memaparkan kisah-kisah inspirasi insan-insan yang pernah menunaikan haji dan mempunyai latar kisah yang berbeza. Ia ibarat sebuah panggilan yang istimewa atas keizinanNya. Kisah pertama mengenai Haji Mazlan Nordin yang pernah mengendalikan pelayaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci ketika umurnya 20 tahun. Pelbagai ragam jemaah menguji kesabaran dan kekuatan mental. Kisah kedua pula menampilkan keunggulan Prof Ismawi Zen yang menjadi satu-satunya panel dari Asia dalam projek pembesaran Masjidilharam. Panggilan daripada kerajaan Arab Saudi untuk projek ini sememangnya satu rahmat dan anugerah yang amat indah. Kepakarannya dalam membantu keselesaan umat pasti meninggalkan jasa yang akan terus mengharum sehingga ke akhirat.  Kisah ketiga pula memaparkan pengalaman sebuah keluarga seramai 11 orang yang pernah menunaikan haji pada tahun 1997. Menariknya, hampir separuh daripadanya ialah remaja dan kanak-kanak. Panggilan dan jemputan Allah itu tiada siapa yang boleh menafikannya. Usia bukan ukuran, asal kefahaman dan ilmu ada untuk melaksanakannya. Kisah terakhir pula menampilkan Haji Mat Lee atau Muhammad Lee Abdullah, seorang mualaf cacat penglihatan yang begitu Istiqamah melaksanakan tuntutan kehidupan sebagai seorang muslim. Isterinya juga cacat penglihatan. Walaupun dunianya gelap gelita, namun hatinya bersinar dengan cahaya iman. Jangan lupa menyaksikan kisah-kisah inspirasi ini, diterbitkan oleh Ahmad Fedtri Yahya

CINTA MAT SEMPERIT – 10.00 MALAM

Cinta Mat Semperit mengisahkan tentang Kak Lola yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya. Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus. Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola. Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Ariani dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel.

Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola, dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani. Bagi mendapatkan motosikal idamanya, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi  memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola. Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ariel dan Ariani?

Pelakon : Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman

 

RABU (16 OKTOBER 2013) – HARI RAYA AIDIL ADHA

KALUT RAYA – 9.30 PAGI

Anak-anak Sufian dan Niza sedar bahawa setiap tahun mereka beraya di kampung, Mak Lang Qarina akan menunjuk-nunjuk kemewahannya. Dengan itu, mereka mencari jalan untuk membantu ibu bapa mereka untuk berjimat demi persiapan Hari Raya. Salah seorang pelanggan Sufian, Fifi menawarkan peluang untuk menggayakan koleksi baju kepada mereka. Mereka bersetuju dan menerima sejumlah wang selepas menyelesaikan tugasan itu. Wang tersebut diserahkan kepada Sufian dan Niza bagi membuat persiapan Hari Raya. Apakah yang bakal menanti mereka di kampung semasa Hari Raya nanti?

Pelakon: Zul Yahya, Nadia Mustafa, Fiza Halim, Khatijah Tan, Fazli Daniel Ali, Maisara Syazreen

KEAJIABAN MEKAH – 5.00 PM

Istimewa Aidiladha ini TV3 menyediakan program khas bertajuk Keajaiban Mekah yang tercatat di dalam Al Quran dan bakal merungkai kehebatan kota Mekah dari sejarah kota Mekah sehingga ke kelebihannya yang telah dibuktikan secara saintifik. Dr Jamnul Azhar Mulkan bersama Ustaz Badli Shah mengupas dari sudut sains dan Dr Abd Basit Abdul Rahman bersama ustazah Norhafizah Musa, mengupas kehebatan Kota suci ini dari sejarah Islam. Antara keajibannya yang bakal dirungkaikan ialah kedudukan Kota Mekah yang betul-betul berada di tengah pusat graviti Bumi yang juga dikenali sebagai Golden Ratio. Ia telah tercatat dari kedudukan ayat Quran dari surah Al Maidah ayat 97 yang bermaksud “…Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia”. Golden ratio juga terbukti sebagai satu nisbah kestabilan bagi kejadian manusia dan apa sahaja yang dibina oleh manusia dan kehebatan kota Mekah juga ditambah dengan adanya 2 batu dari Syurga iaitu Hajarul Aswad dan Batu Tapak Kaki Nabi Ibrahim. Keajaiban Mekah mengajak penonton menginsafi kehadiran batu berwarna putih susu ini telah  bertukar menjadi hitam atas dosa-dosa anak Cucu Adam- (Hadis sahih Al Tirmizi al hajj 877).

PELITA TANPA SUMBU – 9.00 MALAM

Fiza pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah bercerai dengan suaminya Samad. Samad merupakan anak bekas Ketua Kampung yang malas bekerja, tidak memberi nafkah dan suka berfoya-foya. Fiza meninggalkan anaknya Nur Atirah atau panggilannya Tira untuk dipelihara oleh emaknya (Mak Yah / Opah). Fiza telah menjadi rapat dengan Megat yang merupakan bos merangkap rakan kongsi di tempat kerja Fiza. Megat mula tertarik dengan sikap Fiza yang tidak gedik, selamba dan berlainan dengan gadis yang biasa ditemuinya. Bermula dengan urusan kerja, hubungan mereka menjadi semakin intim.  Namun perhubungan mereka dihalang oleh ibu Megat yang mahu menjodohkan dia dengan Zetty. Rupa-rupanya Zetty merupakan kawan baik Fiza ketika mereka di sekolah asrama. Sementara itu Tira merindui Fiza yang sudah lama tidak menjenguknya di kampung. Dia juga teringin untuk melakukan ibadah korban dengan mengorbankan lembu. Zetty selalu menghubungi Tiara dan menyamar sebagai Fiza kerana kasihankan Tira yang amat merindui ibunya. Fiza telah pulang ke kampung setelah sekian lama namun tragedi berdarah telah berlaku. Siapakah yang telah terkorban?

Pelakon: Faezah Elai, Wan Sharmila, Awal Ashaari, Hairi Safwan, Fauziah Nawi dan adik Puteri Shasha.

Jangan lupa untuk sama-sama menikmati kemeriahan Hari Raya Haji kali ini menerusi pelbagai rancangan menarik bertemakan SALAM AIDIL ADHA di samping keluarga, sanak saudara dan sahabat handai hanya di TV3. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dan selamat menonton! Penonton yang terlepas menyaksikan program-program istimewa Aidil Adha boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook, Instagram & Twitter TV3malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

Festival Rangkaian Jenama Pakaian & Muzik Serumpun 2013

Buat julung kalinya kerjasama serantau Indonesia dan Malaysia iaitu Lian Mipro dan Indigital Sdn Bhd akan menganjurkan festival pakaian dan muzik yang pertama dan terbesar di Malaysia. Lian Mipro adalah antara 5 syarikat penganjuran acara yang terbesar di Indonesia dan telah berjaya menganjurkan acara seumpama ini di Indonesia setiap tahun yang dikenali sebagai JakCloth. Indigital Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pembekal kandungan muzik kepada telco-telco dan juga banyak bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan indie di Malaysia’. Pengalaman dan kekuatan dalam bidang yang berbeza oleh kedua syarikat ini menjadi asas kepada penganjuran festival ini. Festival ini juga dikenali sebagai “Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun”.

Festival yang akan berlangsung di Speed City Kuala Lumpur,Kelab Lumba Kuda Selangor akan menggabungkan 120 rangkaian jenama pakaian dari Indonesia dan Malaysia. Antara jenama yang terlibat ialah Dead Seventies,Cozuma,Hattrick,Rown,Altos, Nushock dan banyak lagi. Sesuai dengan nama festival itu sendiri,lebih dari 60 kumpulan indie dari kedua-dua Negara akan membuat persembahan sepanjang festival berlangsung. Membariskan kumpulan yang dikenali dikalangan peminat muzik indie seperti Sheila On 7, Go Gerila!,Bunkface,6ixth Sense,Indie Mice,Drama Band, Hyper Act, Loka, Edane, Love Me Butch, Aryan Band,Pop Konspiracy,Buronan Mertua,The Padangs dan ramai lagi.Festival yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2013 ini akan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 12 tengahmalam setiap hari. Bayaran kemasukkan dikenakan kepada semua pengunjung dengan harga RM 20.00 seorang.

Untuk memudahkan pengunjung ke tempat festival,shuttle bus percuma juga disediakan antara Stesen LRT Bukit Jalil ke Speed City setiap 15 minit.

Berikut adalah jadual antara artis yang membuat persembahan:-

25hb Okt 2013

  1. SHEILA ON 7
  2. GO GERILA!
  3. 6IXTH SENSE
  4. HYPER ACT
  5. NOMAD
  6. ENCIK MIMPI
  7. DRAMA BAND
  8. LOKA

DAN RAMAI LAGI…

26hb Okt

  1. BUNKFACE
  2. MASSACRE CONSPIRACY
  3. LOVE ME BUTCH
  4. SOG (SEKUMPULAN ORANG GILA)
  5. THE PADANGS

DAN RAMAI LAGI…

27hb Okt

  1. EDANE
  2. BURONAN MERTUA
  3. TENGKORAK
  4. AWAN BAND

DAN RAMAI LAGI….

Lagu ‘Pengakuan’ Taruhan TIGA

LON_6802

Platform menjuarai pertandingan Bintang Idola BH (BIBH) 2012 anjuran Berita Harian menjadi langkah permulaan buat kumpulan Tiga untuk mewarnai persada seni tempatan. Di sebalik pasaran muzik yang tak menentu, kumpulan dibarisi anak muda empat orang ini optimis meneruskan survival mereka.Ditubuhkan pada 1 Mac lalu, Tiga asal dan simboliknya hanya dianggotai tiga orang saja iaitu Arween (Mohd Qhairol Iqhssan, 28), Alfie (Syed Alfrizal, 26) dan sekuntum bunga iaitu Maya (Maya Hariyanto, 21). Tiga kali mencuba nasib secara solo, tuah ternyata gagal menyebelahi mereka dalam pertandingan berkenaan.

Idea bersatu dengan menubuhkan trio akhirnya membawa rezeki hingga memahat nama mereka dalam pertandingan BIBH 2012. Mengetengahkan konsep vokal secara berharmoni, kumpulan ini akhirnya sepakat menambah satu lagi anggota sekitar Jun 2013.Ketika itu Zack Merican atau Zack berusia 20 tahun diserap masuk dan diharap mampu meneruskan lagi kelangsungan imej ‘voicing group’ yang dibawa kumpulan ini. Biar berempat, nama Tiga kekal di situ tanpa perlu diubah.Menurut Arween selaku ketua kumpulan, mereka menyifatkan masa sekarang bersesuaian untuk memperkenalkan diri mereka dengan genre muzik pelbagai seperti world music, pop RNB dan pop rock. Berbekalkan dengan pengalaman muzik masing-masing, mereka enggan menoleh ke belakang lagi.

“Kami daripada pelbagai latar belakang muzik. Macam saya dan Maya pernah menyanyi di kelab malam. Zack sendiri datang daripada keluarga muzik. Alfie sendiri pernah menyertai pertandingan realiti nyanyian seperti Mentor musim kedua di mana Zaf daripada bekas anggota VE menjadi mentor kepadanya.

“Malah ada di antara kami yang pernah disenarai pendek dalam pertandingan Akademi Fantasia tetapi ternyata tuah boleh menyebelahi kami. Tapi itu bukan alasan untuk kami terus mengalah sebaliknya perlu mencari alternatif lain untuk membuktikan bakat yang ada. Lalu Tiga menjadi manifestasi kepada apa yang kami mahu perjuangkan,” katanya.Memilih lagu Pengakuan ciptaan sepenuhnya penyanyi Alyah, Arween menjelaskan mereka yakin lagu itu boleh dianggap sebagai mesra radio dan mampu menambat hati pendengar. Malah ada cerita di sebalik lagu yang sudah terperap lama sejak 2008 itu.

LON_6834

“Alfie sendiri kenal rapat dengan Alyah dan itu antara benih permulaan yang mencetuskan kerjasama sulung ini. Malah kami juga cukup bangga dan senang dapat bekerjasama dengan Alyah menerusi lagu berkenaan. Moga apa yang kami rencanakan akan berjalan lancar. Insya-Allah,” katanya.Sementara itu, Alyah pula berkata ada cerita di sebalik lagu Pengakuan. Lagu berkenaan juga menjadi pertaruhan sulung penyanyi ini dalam penciptaan lagu. Lagu itu diilhamkan Alyah sekitar 2005 ketika dia  masih  bergelut membuktikan hayat seninya.

“Rizal atau kini dikenali dengan nama Alfie memang sudah lama dikenali Alyah. Kami pernah merancang untuk mewujudkan kumpulan yang mana dua daripada diwakili kami dari Malaysia dan dua lagi anggota dari Indonesia untuk pertandingan Gangstarz di TV3. Tetapi nak dijadikan cerita hasrat kami itu tersekat apabila Alyah saja yang mara untuk uji bakat.

“Ketika itu Alyah bakal diserap untuk menyertai kumpulan One Nation Emcees yang turut bersaing dalam pertandingan berkenaan. Bagaimanapun Alyah akhirnya memilih untuk tidak bersama kumpulan itu kerana memikirkan tidak manis dan tak wajar meneruskan perjuangan sedang Rizal dan dua lagi teman dari Indonesia tidak.

Selepas itu, Alyah cuba berjinak-jinak mencipta lagu dengan menghasilkan melodi. Lagu Pengakuan yang mempunyai adunan pop dan rap pada asalnya dibuat atas dasar mencuba dan tak sangka pula karya itu yang diidamkan kumpulan Tiga. Pada saat itu Alyah berasakan lagu berkenaan masih belum memenuhi piawaian.“Alyah sendiri tak rasa diri ini sudah bagus dalam dunia komposisi lagu. Ditambah pula dengan Alyah yang tak mempunyai pengetahuan dan selok belok mendalam dalam dunia berkenaan. Tak sangka selepas lapan tahun membikin lagu itu dan mendengar susunan baru yang dihasilkan kumpulan Tiga, ia jadi boleh tahan juga bunyinya,” kata penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang Itu.

Mengenai kumpulan Tiga, Alyah memuji usaha anggota berkenaan untuk memeriahkan persada seni. Tambahnya lagi, setiap daripada anggota kumpulan Tiga mempunyai bakat tersendiri.

“Alfie sendiri yang Alyah kenal dulu juga bergelut seperti mana kemunculan Alyah dulu. Alyah harap kumpulan ini akan terus maju jaya. Lagu Pengakuan juga meninggalkan memori tersendiri buat Alyah dan harap ia dapat memberi tuah kepada mereka,” kata Alyah.

 

* Tiga Production beroperasi di Jalan Seri Permaisuri 5, Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, KL

* Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi JD di 012342767

* Instagram @tigamuzik

Ganjaran RM 250,000 Untuk Juara Liga Lawak Superstar

KAL_6474

Dunia komedi tanah air mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila Liga Lawak Superstar diperkenalkan. Rancangan yang menggabungkan pelakon-pelakon dan komedian terkenal ini akan mula menemui penonton bermula 6 Oktober 2013 setiap hari Ahad jam 9 malam. Kumpulan manakah yang bakal membawa pulang ganjaran RM 250,000?

Sepanjang 10 episod, pertandingan Liga Lawak Superstar akan dihoskan oleh pengacara Afdlin Shauki dan Adibah Noor dan menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelakon-pelakon dari drama terbaru TV3. Tambah hebat, setiap pelakon yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam dunia hiburan tanah air.Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila melibatkan 8 kumpulan berbeza yang akan bertarung sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.

Setiap kumpulan diberi seorang komedian untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya. Peserta-peserta Liga Lawak Superstar musim ini adalah terdiri daripada kumpulan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi dan Aidil Aziz), Aku (Idzham Ismail dan Hairi Safqan), Aku Diandra (Sheera Iskandar dan Qazeem Nor), Ayoub Lasak (Iqram Dinzly dan Mikael Andre), Apa Kasih Toq (Kamal Adli dan Fizz Fairuz), Derhaka Seorang Cinderella (Amyza Aznan dan Aman Nassim), Spy Kampung (Zalif Sidek dan Syafiq Kyle) dan OMG (Anas Ridzuan dan Akim Ahmad). Manakala, 8 komedian pula menampilkan Ropie, Sathiya, Bell Ngasri, Ilya, Hamdan, Farouk Hussain, Didie Alias dan Aziz M.Osman.

Bertemakan konsep sarkas, 8 kumpulan ini akan di bahagikan kepada pasukan A dan pasukan B. Setiap minggu dua kumpulan dari setiap pasukan akan bersaing dengan menyempurnakan tugasan dan permainan bagi merebut 3 mata dengan memenangi persaingan pada minggu itu. Setelah kesemua kumpulan melengkapkan persaingan di peringkat pasukan, dua kumpulan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam pasukan masing-masing layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya berentap untuk mendapatkan dua tempat ke peringkat akhir Liga Lawak Superstar.

Persembahan setiap kumpulan akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri professional seperti Ida Nerina, Vanidah Imran serta Adlin Aman Ramlie dan undian penonton. Kumpulan yang mendapat markah paling rendah akan disingkirkan.

Sebelum ke cabaran sebenar di Liga Lawak Superstar, kesemua pelakon yang dijemput menyertainya perlu melalui sesi latihan Liga Lawak Superstar 101 pada 23 dan 24 September 2013 bagi mengasah bakat dan menguji tahap kreativiti mereka selain melakukan pemilihan kumpulan pada Liga Lawak Superstar 101. Barisan pelakon akan diberi pendedahan dan latihan tentang tugasan yang bakal mereka hadapi di saingan Liga Lawak Superstar nanti.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada penonton di studio.

Kumpulan manakah yang bakal membuat penonton ketawa terbahak-bahak? Kumpulan mana pula yang bakal ditewaskan? Oleh itu, siap sedia dengan gelagat serta aksi komedi yang pecah perut menerusi Liga Lawak Superstar yang bakal disiarkan pada hari Ahad, 6 Oktober 2013 jam 9.00 malam di TV3!

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Liga Lawak Superstar, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #ligalawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Berikut adalah senarai kumpulan Liga Lawak Superstar:

Kumpulan A

Kumpulan B

Derhaka Seorang Cinderella 

Komedian: Hamdan

Peserta: Amyza Aznan & Aman Nassim

Asmara Luna

Komedian: Ropie

Peserta: Riezman Khuzaimi & Aidil Aziz

Aku

Komedian : Bell Ngasri

Peserta : Idzham Ismail & Hairi Safqan

Aku Diandra

Komedian: Ilya

Peserta: Sheera Iskandar & Qazeem Nor

Apa Kasih Toq

Komedian: Didie Alias

Peserta: Kamal Adli & Fizz Fairuz

OMG

Komedian: Sathiya

Peserta : Akim Ahmad & Anas Ridzuan

Spy Kampung

Komedian: Farouk Hussain

Peserta: Zalif Sidek& Syafiq Kyle

Ayoub Lasak

Komedian : Aziz M.Osman

Peserta: Iqram Dinzly & Mikael Andre

 

National Geographic Channel And Canon Launch Asia-Wide ‘Explore To Inspire Photo Contest’

National Geographic Channel and Canon today launched the Explore To Inspire Photo Contest, an Asia-wide search for Asia’s top photographers.

Held in celebration of National Geographic’s 125th anniversary, the two-month-long contest is open to all aspiring young photographers, aged 18 and above, residing in Malaysia, Bangladesh, Brunei, Cambodia, Indonesia, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Singapore, Sri Lanka, Thailand or Vietnam.

To enter the competition, participants are required to submit an original photograph(s) that must showcase what inspires the participants to explore. Each entry must also be accompanied by a description or an explanation (not exceeding 300 characters) of why the image inspires the participant to explore. All entries are to be submitted via the website www.exploretoinspire.com.

The winning photographer will be presented with a Canon EOS 5D Mark III (body), and an once-in-a-lifetime opportunity to attend the prestigious National Geographic Weekend Photography Workshop in San Francisco where they will hone their photography skills with one of the renowned National Geographic photographers from the United States.

In addition, the first and second runners-up will receive a Canon EOS 6D (body) and a Canon EOS 70D (body) respectively. Reflecting both National Geographic and Canon’s objective of nurturing the photographic talent in everyone, these prizes have been carefully selected to provide budding photographers with top-end photography tools aimed at further developing both their interest and skills.

A panel of experts from both National Geographic Channel and Canon will determine the winners. The top three photographs from the contest will also be featured in the March 2014 copy of National Geographic’s Asia Edition.

“There is growing interest in photography in South and Southeast Asia and this contest is a great platform for all budding photographers to showcase their work. In line with Canon’s aim to promote the Photography Culture in the Southeast Asia region, we are pleased to work with National Geographic Channel to offer such great opportunities for the winners to further develop their love of photography,” said Mr Hideaki Nishimura, Senior Director & General Manager, Regional ICP Sales and Marketing Division, Canon Singapore Pte Ltd.

“The theme of exploration is synonymous with the National Geographic Channel and viewers are continuously inspired by our award-winning documentaries of some of the most outstanding landscapes in the world. We are delighted to once again partner Canon in the quest to find truly inspired images from photography enthusiasts,” said Mr Simeon Dawes, Senior Vice President of Advertising Sales & Partnerships Asia Pacific and Middle East at FOX One Stop Media.

The contest runs from 4 October to 30 November 2013.  Contest details can be found on: www.exploretoinspire.com

A summary of the awards and prizes as follows:

1st Place
  • Canon EOS 5D Mark III (Body)
  • Trip to National Geographic Weekend Photography Workshop in San Francisco, US
  • Winning photo published in National Geographic magazine
1st Runner-up
  • Canon EOS 6D (Body)
  • Winning photo published in National Geographic magazine
2nd Runner-up
  • Canon EOS 70D (Body)
  • Winning photo published in National Geographic

 

PAPA JOHN’S PIZZA Buka Outlet Terbaru Di Bukit Jalil

Berjaya Papa John’s Pizza sebuah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Corporation dan pengusaha salah satu rangkaian piza terbesar di dunia, bakal mengukuhkan cengkamannya dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dengan pembukaan cawangannya yang ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil. Ia merupakan cawangan terbaru berkonsepkan Delivery-with-Seats (DWS) yang kelima di Malaysia, dengan selainnya adalah Restaurant-Based-Delivery (RBD).

PELAN PERTUMBUHAN YANG KUKUH DI MALAYSIA

Dikenali di serata dunia dengan falsafah perniagaannya – “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza boleh didapati  daripada 4,300 rangkaiannya di 37 negara. Jenama piza sebutan ramai ini mula bertapak di Malaysia pada 2008 apabila Berjaya Corporation memeterai perjanjian pembangunan francais bersama Papa John’s Pizza International Inc untuk mendapatkan hak francasi tempatan.  Sejak itu, kepakaran Papa John’s telah menghadirkan kegembiraan kepada jutaan pelanggannya dengan hidangan piza  yang ditabur ramuan bermutu tinggi yang pastinya sungguh menggiurkan, tatkala mengembangkan jenamanya secara beransur-ansur di negara ini.

“Kami merancang untuk membuka enam lagi cawangan ‘Deliver-With-Seats’ pada tahun ini. Matlamat kami adalah untuk menjangkaui 100 cawangan, secara keseluruhannya, di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang  tahun 2020. Tidak lama lagi, lebih ramai  akan berpeluang menikmati  kelazatan piza berkualiti kami. Kami juga akan memperluaskan liputan kawasan penghantaran untuk mencapai lebih ramai penggemar piza di mana jua mereka berada,” tambah Leong. Zon penghantaran Papa John’s Pizza kini lebih tertumpu di Lembah Klang, Melaka dan bandaraya Ipoh, tetapi ada perancangan untuk memperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

 

Eric Leong

KUALITI TERJAMIN DAN AND CITARASA BERSELERA

Sebagai bukti kepada falsafah “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza berbesar hati untuk menawarkan  yang terbaik buat penggemar piza – daripada doh (adunan tepung) asli paling segar dan tidak dibekukan, ditabur dengan sos tomato semulajadi sehinggalah 100 peratus daging tulen dan hirisan sayur-sayuran segar.

Selain menghidangkan piza-piza istimewa yang berkulit ringan, lembut dan menyelerakan, Papa John’s juga menambahbaik perisa dengan bahan tambahan signature – Sos Celup Keju Bawang Putih Istimewa dan Zesty Pepperoncini, untuk dimakan sekaligus memastikan setiap kunyahan diserikan dengan rasa sensasi yang baharu.

Bersempena dengan pembukaannya, Berjaya Papa John’s Pizza akan menyambut perisitiwa bersejarah ini dengan mengadakan satu promosi khas di cawangan Bukit Jalil, di mana bagi setiap pembelian piza bersaiz sederhana, pelanggan boleh membeli piza bersaiz sama berikutnya pada harga hanya 10 sen. Promosi ini akan berlanjutan sehingga 30 November 2013. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cawangan dan tawaran Papa John’s Pizza di Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/PapaJohnsMalaysia.

 

Isu Kahwin Rahsia, Sembunyi Anak : Aeril & Wawa Mengaku, Minta Maaf

Segala desas desus, spekulasi dan tanda tanya ramai mengenai kontroversi hangat pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya terjawab jua dalam satu sidang media khas petang jumaat lepas.”Saya mula berkenalan dan bercinta dengan Wawa pada 2010 sewaktu kami berlakon dalam drama Klik. Tapi ketika itu pihak pengurusan Wawa iaitu MIG tidak membenarkan berkawan apatahlagi bercinta.

” Dan demi Allah, pada 25 Februari 2012 saya Aeril Zafrel dan Wawa telah bernikah. Bukan seperti yang kalian dakwa sebelum ini. Pernikahan kami sah.

 

WAW_7142

“Kami bernikah sebanyak dua kali? Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu. Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
“Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia”, kata Aeril Zafrel.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Wawa Zainal, bapa aktres itu, peguam Aeril iaitu Zulhasmi Zakaria (Termizi & Co.) dan juga pengurus aktor itu.

Media dimaklumkan pernikahan kali pertama pasangan ini diadakan di rumah keluarga pengurus Aeril yang terletak di Petaling Jaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah.
 WAW_7139Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut.
Dalam masa yang sama, Wawa membuat pengesahan bahwa laporan media sebelum ini tentang kewujudan anak mereka adalah benar.

“Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut”, katanya.
Ahad lalu ruangan sisipan akhbar Berita Harian, Bipop, mendedahkan Aeril dan Wawa telah bernikah pada 4 Februari lalu dan Wawa telah melahirkan seorang bayi pada 24 Ogos lalu. Bayi seberat seberat 3.12kg pada jam 9.25 pagi, di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur dan diberikan nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Berikut gambar Aeril dan Wawa sebagai bukti mereka telah bernikah.
Berikut gambar Aeril dan Wawa sebagai bukti mereka telah bernikah.
Nama bapa bayi tersebut direkodkan sebagai Suhairil Suhari, dipercayai nama sebenar Aeril. Nama ibu diberikan sebagai Nur Hawa Zainal Abidin, turut dipercayai nama sebenar Wawa dengan tarikh lahir sama, 12 Mac 1992.
Keadaan sidang media menjadi tegang dan ‘panas’ apabila Aeril dan Wawa cuba menarik tali dengan media dan mereka tidak mahu berterus terang dan cuba membuat media keliru.
Dan akhirnya Wawa meminta maaf daripada pihak media kerana  merahsiakan perkahwinan mereka dan mereka menipu atas dasar darurat. Darurat dalam erti kata lain, Wawa takut dengan majikannya, David Teo.

“Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab”, ujar Wawa dengan nada sebak.
Lantas dicela oleh Aeril, “Oh, media mahu kami minta maaf…, katanya dengan nada yang tidak berpuas hati.
Sumber ~ MalaysianDigest

 

Isu Kahwin Rahsia, Sembunyi Anak : Aeril & Wawa Mengaku, Minta Maaf

Segala desas desus, spekulasi dan tanda tanya ramai mengenai kontroversi hangat pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya terjawab jua dalam satu sidang media khas petang jumaat lepas.”Saya mula berkenalan dan bercinta dengan Wawa pada 2010 sewaktu kami berlakon dalam drama Klik. Tapi ketika itu pihak pengurusan Wawa iaitu MIG tidak membenarkan berkawan apatahlagi bercinta.

” Dan demi Allah, pada 25 Februari 2012 saya Aeril Zafrel dan Wawa telah bernikah. Bukan seperti yang kalian dakwa sebelum ini. Pernikahan kami sah.

 

WAW_7142

“Kami bernikah sebanyak dua kali? Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu. Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
“Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia”, kata Aeril Zafrel.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Wawa Zainal, bapa aktres itu, peguam Aeril iaitu Zulhasmi Zakaria (Termizi & Co.) dan juga pengurus aktor itu.

Media dimaklumkan pernikahan kali pertama pasangan ini diadakan di rumah keluarga pengurus Aeril yang terletak di Petaling Jaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah.
 WAW_7139Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut.
Dalam masa yang sama, Wawa membuat pengesahan bahwa laporan media sebelum ini tentang kewujudan anak mereka adalah benar.

“Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut”, katanya.
Ahad lalu ruangan sisipan akhbar Berita Harian, Bipop, mendedahkan Aeril dan Wawa telah bernikah pada 4 Februari lalu dan Wawa telah melahirkan seorang bayi pada 24 Ogos lalu. Bayi seberat seberat 3.12kg pada jam 9.25 pagi, di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur dan diberikan nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Berikut gambar Aeril dan Wawa sebagai bukti mereka telah bernikah.
Berikut gambar Aeril dan Wawa sebagai bukti mereka telah bernikah.
Nama bapa bayi tersebut direkodkan sebagai Suhairil Suhari, dipercayai nama sebenar Aeril. Nama ibu diberikan sebagai Nur Hawa Zainal Abidin, turut dipercayai nama sebenar Wawa dengan tarikh lahir sama, 12 Mac 1992.
Keadaan sidang media menjadi tegang dan ‘panas’ apabila Aeril dan Wawa cuba menarik tali dengan media dan mereka tidak mahu berterus terang dan cuba membuat media keliru.
Dan akhirnya Wawa meminta maaf daripada pihak media kerana  merahsiakan perkahwinan mereka dan mereka menipu atas dasar darurat. Darurat dalam erti kata lain, Wawa takut dengan majikannya, David Teo.

“Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab”, ujar Wawa dengan nada sebak.
Lantas dicela oleh Aeril, “Oh, media mahu kami minta maaf…, katanya dengan nada yang tidak berpuas hati.
Sumber ~ MalaysianDigest

 

Puteri Malam Di Slot Drama 9X

PM5

Slot drama 9X yang bersiaran setiap hari Isnin di TV9 membawakan anda drama terbaru terbitan Filmscape Sdn. Bhd. berjudul Puteri Malam.  Drama yang diarahkan oleh Nor Hanisyam (Labu) ini dibintangi oleh pelakon baru yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh iaitu Zara Zya, Puteri Chichi, Ku Hariz dan Hafreez Adam.  Bersiaran sebanyak 8 episod, Puteri Malam mengisahkan Puteri (Zara Zya) yang lari daripada rumah kerana tertekan dimarahi ibu-bapanya demi mengejar cita-cita menjadi artis terkenal.  Namun jalan yang dipilih ternyata telah membawanya menempuh hidup yang akhirnya memerangkap dirinya ke lembah yang hina.

Bermulalah perjalanan hitam Puteri apabila dia telah dirogol oleh seorang lelaki sewaktu dia hadir untuk satu sesi ujibakat di Kuala Lumpur.  Puteri kemudiannya telah diselamatkan oleh Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai yang terletak di Chow Kit.  Rumah itu turut didiami oleh Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid.  Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati ramai lelaki.

PM21

Farid mula membelikan Puteri pakaian-pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai Fiona. Pada mulanya Puteri sangsi dengan tindakan baik Farid, tetapi lama kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya, Puteri jatuh cinta pada Farid. Puteri meluahkan segala perasaannya serta berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi seorang artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang artis.

Tanpa Puteri sedari Farid rupa-rupanya bapak ayam kepada Fiona dan kini dia cuba untuk memperdayakan Puteri untuk menjadi seorang pelacur demi mendapatkan wang.  Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap Farid yang berniat jahat, semuanya sudah terlambat.  Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.

PM18

Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya sendiri? Ikuti perjalanan hidup Puteri yang cuba mencari sinar harapan untuk kembali bebas dalam Puteri Malam bermula pada 7 Oktober jam 10.30 malam hanya di TV9!

Peminat Di Sungai Petani Serbu Zon Ceria Suria FM

Bersama sebahagian pendengar yang hadir

Seawal jam 7 malam, perkarangan D’King Mee Udang & Ikan Bakar Power sudah dipenuhi dengan orang ramai. Kawasan letak kenderaan telah penuh dan kawasan tepi jalan juga sesak. Semuanya kerana Zon Ceria Suria FM yang telah berlangsung pada Sabtu, 28 September yang lalu di Sungai Petani. Terima kasih kepada hampir 1200 warga Kedah, Pulau Pinang dan Perlis kerana sudi hadir memeriahkan acara kami.

Pendengar dengan Mee Udang mereka

600 pinggan Mee Udang habis licin dah telah ditambah menjadi 1200 pinggan untuk semua pendengar kami! Dengan penampilan istimewa penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri Nordin, DJ Lin dan juga JJ, ia menambah kehangatan malam Zon Ceria Suria FM di Sungai Petani. Selari dengan kempen Suria Bayarkan di Suria FM yang bermula 2 September hingga 27 September lalu, kami telah menerima keseluruhan 7562 jumlah bil dari para pendengar dan RM50,000 telah dibelanjakan untuk menjelaskan bil-bil pendengar kami.Jutaan terima kasih juga buat pendengar di Lembah Klang yang telah hadir ke Zon Ceria Suria FM di Zam Zam Café & Satay Club pada 16 September dan lokasi kedua kami iaitu di Nasi Dagang Kak Pah, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 21 September yang lalu. Zon Ceria Suria FM adalah salah satu cara untuk kami menghargai sokongan anda dan mendekatkan penyampai Suria FM kepada anda.

Penyampai Suria FM

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Kami amat terharu dengan kehadiran pendengar di Sungai Petani. Terima kasih kepada semua pendengar dan juga kepada En. Zidi, pegusaha D’king Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power atas sokongan yang berterusan terhadap Suria FM. Harapan kami agar acara ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan Suria FM terus menceriakan dunia semua pendengar”.Kemeriahan Zon Ceria_1

Teruskan sokongan anda bersama Suria FM dan terus melayari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat terkini. Jangan lupa untuk like kami di Facebook serta follow kami di Twitter, @suriafmradio. Suria FM, Menceriakan Duniamu!

The Killers Berjaya Hiburkan Hampir 7,000 Peminat

TOR_0264

The Killers kumpulan Rock dari Las Vegas baru-baru ini telah mengadakan konsert pertama  mereka di Sepang International Circuit. Hampir 7,000 peminat membanjiri SIC sejak petang lagi. The Killers dianggotai oleh Brandon Flowers, Dave Keuning, Mark Stoermer dan Ronnie Vannucci Jr. Ia dibawakan khas oleh Future Sound Asia dan Tune Talk adalah syarikat Telekomunikasi rasmi bagi konsert ini.

Kyoto Protocol menjadi artis pembuka tirai bagi konsert ini. Pada konsert ini The Killers mempersembahkan 18 lagu diantaranya Mr.Brightside, Somebody Told Me, When You Were Young and Human.
[nggallery id=189]

Korean Traditional Fusion With K-POP Twist TO Thrill The Crowds At AMF

VSTAR 1

V.STAR, a young South Korean female group who were finalist in KOREA’S GOT TALENT of 2012 will be performing at the Asia Music Festival to be held on the 4 & 5 October in Miri, Sarawak.

This band has gained a reputation among the emerging South Korean young bands. Their style can be identified as the new traditional Korean mixture, as they play their music using traditional Korean music instruments, whether in original compositions or through new arrangements of famous Korean and Western covers. Their style is thus based on merging both Gugak traditions (Korean ethnic music) and modern sounds.

V.STAR comprises Gwan Jihye, playing the traditional Gayageum (Korean zither, modified into twelve strings), joined by the percussionist Kan Keun Hwa, playing Janggu (double headed drum with a narrow waist in the middle), Heejin Park playing the Daegeum (Korean flute), and Ellie Kim singing Pansori (Korean dramatic melodies), Ellie also plays a second Gayageum and the  keyboards in some shows.VSTAR 3

The inaugural Asia Music Festival (AMF) will showcase no less than 15 really talented Asian artists. V.STAR will also feature Kamal Musallam, a prominent Middle Eastern artist. The partnership between Kamal and V.STAR has resulted in beautifully merging the traditional Korean music within a rich musical context full of elements from Asian music, Jazz and Rock and much more. All to bring the music to another Fusion level. The two groups of artistes wanted to show the world the power and beauty of Korean Gugak and how it can communicate with other musical traditions and styles.

Other than V.STAR band, the first edition of Asia Music Festival will also feature Bembol Rockers (Philippines), Anthony Dassan Yen Party Band (South India),  Orkes Soesah Tideor (Indonesia), Foxy Girls (Indonesia), Boy Thai Band (Thailand), Tritha (North India) and Fakhrul Razi (Brunei).

There will also be bands and singers from Malaysia and among them are Melissa Francis, Starlet Band, The Mountain Wind Band, Hevance Band and Sarawak very own Bob from the famous Malaysian TV program, Akademi Fantasia.

The tickets for the festival are now available from Sarawak Tourism Board’s offices or at its Visitor’s Information Centres in Kuching (+6082-410944), Sibu (+6084-340980) and Miri (+6085-434180).

For enquiries, contact Sarawak Tourism Board at leisure@sarawaktourism.com or +6082-239171 or log on to www.asiamusicfestival.net and www.facebook.com/VisitSarawak for more updates.

Tickets are priced at RM30 per day for adult and RM15 per day for children or students aged between 3 and 18 years. Those below 3 years would be allowed in without charge.